Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Kalau kehabisan pensel, boleh la guna pensel ni nanti ..hehe


Tanggal 16hb Mei, hari yang bermakna utk para guru @ cikgu.Tak kiralah guru di sekolah ke, guru tuisyen ke, guru bakeri ke ;)..utk semua guru2 di luar sana, Selamat Hari Guru saya ucapkan.
Walaupun dah lebih 10 thn saya tinggalkan bangku sekolah, kenangan bersama cikgu2 masih segar di ingatan.Ada cikgu yang garang, tegas, very helpful, supportive dan macam2 lagilah. Lain cikgu lain lah personalitinya.
Tapi cikgu yang paling saya tak boleh lupa dan saya paling minat ialah cikgu sains saya masa form 3 dulu, Mrs.Chin. Dia ni pun merangkap cikgu disiplin n cikgu ganti kepada cikgu kelas saya masa cikgu kelas cuti bersalin.
Saya memang teruja betul bila dapat tahu Mrs. Chin akan mengajar subjek sains kelas saya masa tu sbb Mrs Chin ni antara cikgu paling senior kat sekolah masa tu n mmg ramai student yg puji dan hargai dia sbb teknik dia mengajar mmg da best.
Dia ni juga adalah cikgu kepada mak saudara saya, Cik Za. Just imagine la, berapa lama dah dia mengajar kat sekolah dari zaman mak sedara saya (70an) sampai la zaman saya (90an)...Wah..saya respect tul lah..Eh, lupa plak nak mention nama sekolah ye, Sekolah Menengah Zainab (1), Kota Bharu,Kelantan. Masa ni saya pindah ke Kelantan sbb follow abah yg kena transfer ke Kota Bharu.
Slot masa subjek sains ni mmg saya tunggu2. Walaupun dah berpuluh thn mengajar, Mrs. Chin mmg sentiasa bersemangat , supportive, helpful etc nak make sure kitaorg satu kelas ni faham segala teori, konsep etc utk subjek ni. Siap buat xtra kelas lagi for weekend, maklumlah..tahun tu nak PMR.Kalau nak cerita pasal Mrs. Chin, memang tak habis sbb byk sgt kenangan manis dgn dia. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah I scored an A for Science subject for PMR. Hasil didikan Mrs.Chin yg tak jemu2 mencari kaedah terbaik utk mengajar kami semua dan 'mengasak' kami utk buat semua exam paper dari thn 70 an sampai yg paling latest.Tu belum lagi masuk 'short test' setiap kali sebelum kelas bermula dan ujian gerak gempur hampir setiap bulan..adoii..!!
Hmm..rindu juga kat zaman sekolah yer.ok...pjg pulak cerita kali ni..Actually order kali ni lah yg buat saya teringat kembali kenangan lama..Kak Linda , my regular customer yg order kek ni, khas utk dibawa ke sekolah anaknya, qibah.Baiknya Qibah, bawa kek utk cikgu. Saya dulu bawa bunga sekuntum je utk cikgu kesayangan hehe..nak beli bunga byk2 tak cukup bajet ;)
Anyway, Kak Linda tq for de order.. dan utk guru2 semua, anda semua adalah insan yang istimewa.Kerana tanpa anda, siapalah kami semua..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails